BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Tuesday 2 March 2010

LeLaKi DaN PeReMpuaN YaNg DiTeMani SYaiTaN


Bismillahhirahmaani rrahim...Daripada Jabir Bin Samurah r.a berkata:"Umar r.a telah berpidato di sebuah kampung bernama Al-Jabiah,katanya: " Rasulullah SAW pernah berdiri sepertimana aku berdiri ini",Sabdanya: Berbuat baiklah kamu kepada sahabat-sahabatku, kemudian kepada orang-orang yang selepas mereka.Kemudian tersebarlah dusta sehingga seseorang bersedia bersumpah sebelum diminta dan menjadi saksi tanpa diminta.Sesiapa yang inginkan kemewahan syurga hendaklah dia melazimi jemaah kerana syaitan itu bersama orang yang bersendirian dan akan lebih jauh jika seseorang itu berdua (berteman).Apabila seseorang berkhalwat dengan seseorang perempuan (menimbulkan fitnah) maka syaitan adalah ketiga.Sesiapa yang melakukan kebaikan dia berasa gembira atau sesiapa yang melakukan kejahatan,dia berasa sedih,maka itulah orang mukmin."(Riwayat Ahmad)PENGAJARAN.. .1.Umat Islam diingatkan bahawa mereka akan menemui beberapa keadaan yang buruk dimana amalan berdusta akan menjadi amalan biasa.Haruslah disedari bahawa apabila berlaku situasi dimana orang mudah membuat sumpah dan menjadi saksi tanpa diminta,maka kezaliman dan pencabulan keatas hak-hak orang lain akan berleluasa akibat daripada adanya saksi sumpah-sumpah yang palsu tadi.2.Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan akan berlaku.Umat Islam diingatkan supaya berwaspada menjauhi amalan ini kerana syaitan akan sentiasa bersama untuk menggalakkan dkemungkaran dan maksiat.3.Perpecahan umat juga akan berlaku.Umat Islam diingatkan supaya sentiasa berwaspada menjauhi pertentangan dan persengketaan sebaliknya berusaha membentuk ikatan yang boleh mengukuhkan ikatan kasih sayang dan perpaduan sesama muslim.
__._,_.___

0 comments:

My Blog List

Search This Blog

huhuhu..

M : matang (adela skit2 hehehehe...)
U : usaha (setiap sesuatu kne usaha dlu ;-)
J : jihad (tiada titik nokhtah)
A : aspirasi (srikandi islam aspirasiku)
H : hati (bagiku hati itu amatlah penting)
A : attitude (ha...sikap kne jaga)
D : diam (diam ade msenye)
A : aplikasi (cbe amalkan ape yg dipelajari)
H : harapan (nak kejar cita=cita)

A : amalan (kene pertingkatkan)
Z : zura (nama pngilan sy la;-p)
U : utama (dahulukan yg penting dri yg penting)
E : emosi (sdikit sensitif)
R : ringkas (nk jd sederhna dlm sume aspek)
A : alasan (ske bg alasan ahaha)