BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Sunday 21 August 2011

MENCARI ILMU ITU PENTING...NAMUN BUKAN BERMAKNA BERDAKWAH ITU TIDAK PENTING...

MENCARI ILMU ITU PENTING...NAMUN BUKAN BERMAKNA BERDAKWAH ITU TIDAK PENTING...

biler kite berjihad di medan dakwah....secare tidak langsung kite telah memper0lehi ilmu daripde pelbagai perkara.....dengan bermasyarakat kite dpt merasai pelbagai situasi serta pengalaman...yang byk mngajar kita.....suka duka manis dan pahitnya perjuangan itu,,,,,berbalik kpd niat sbnr kita,,mngapa kita berdakwah.....j...ika kita berdakwah kerana ALLAH pasti ALLAH akan membntu kita...barangsiapa yang membantu agama ALLAH,,,ALLAH akan membntu dirinya....

segala perbuatan itu bermula dengan niat...jadi niatlah yang baik baik....insyaALLAH akan dipermudahkan jalan......tidak kurang juga yang berdakwah kerna cinta kepada sesama islam....sesuai dlm al hadith....tidak sempurna iman sese0rg muslim sblum ia mencintai saudranya sperti ia mncintai dirinya sndri

namun begitu.....elakkanlah diri kita darpda berasa riak..

kata se0rng ahli hikmah:

c0nt0h 0rg yg beramal dgn riak itu adalah bgaikan 0rg yg keluar ke pasar dan mngisi p0ketnya dgn batu sehingga 0rg yg melihat p0ketnya berasa kagum dan berkata byknya wang 0rg itu....pdhal 0rg itu sama skaly tidak mempunyai wang di dalm p0ketnya.....begitulah jika kita lihat dalam aspek amal kebaikan yang kita lakukan.....jika kita lakukan untuk mnjd perhatian mnusia dan berasa riak dgn amal kita.....tiada phala disisi ALLAH buat kita....

jd...sama samalah kita berMuhasabah kembali hati dan niat sbnr kita....betulkan kembali yg khilaf.......m0ga m0ga segala yg dilakukan tidak sia sia dan mndapat rahmat kasih sayang dripadaNya,,,,,,insyaALLAH....Jazakallah........

Monday 2 May 2011

Hati-Hati Dengan Mukadimah2 Zina.

"Zina tdak berlaku tiba2, ia didahului oleh Mukadimah-mukadimahnya."balas Ustaz Pahrol..

"Zina pun ade mukadimah..??"

'Itulah prkara-prkara atau perbuatan2 yg boleh mebawa kpda zina.Zina itu hsil drpd 1 proses yg brlaku satu dmi satu,tingkat demi tingkat."

'Cakap awak berbelit-belit!"

"sy hnya mnrangkn apa yg tlah dtrangkn Nabi,"jwab Ustaz..

"Kita jgn libatkn agama,ini masalah sosial."katanye terus terang.

"kita org Islam,islam cara hdup dn Nabi s.a.w adalah teladan ikutan kita.'

'Antara mukadimah zina ialah Pandangan MATA, kata KATA , Sentuhan TANGAN , Deria BAU melalui Hidung dan akhir sekali barulah melibatkan Kemaluan.."

'Saya kasihan remaja masa kini , Mereka hidup ditengah2 peluang untuk melakukan zina yang begitu besar dan luas sekali ,Jalan kearah zina diperluaskan. Tetapi jalan kearah PERNIKAHAN halal disempitkan dengan pelbagai syarat dan adat yang tidak relevan.."

Lelaki itu mnjwab:
"Kita perlu realistik.Kita perlukan kekuatan ekonomi yang ampuh dan kukuh."

Ustaz itu balas:

"Dan untuk itu kita perlu membayarnya dengan mengorbankan Maruah dan Iman anak-anak remaja kita..??"

Sama2 kite renungkan ye :)
Ustaz Pahrol sebut dlm bukunye beduk diketuk

kePeNtinGaN...IstiQaMah...

jika kite melakukan diet secre perlahan-lahan dgn memulakannye dgn mnghilangkan kegemaran makan stu perstu tetapi scre berterusan iaitu istQmah...lebih baik...berbnding dgn kite melakukannye scre drastik iaitu terus mnahan lpar tetpi tdak istiQmah....ia akn mmbuat rse lpar itu mmbuak buak...lntas mkn scre berlebihan...ia akn mmbuatkan diet tu skar untuk bertrusn...ia b0le diumpamakan dgn kite melakukan sesuatu dgn istiQmah..walaupun perlahan...insyaALLAH ia akan dperbaiki dri hari ke haru....berbnding kita wat dgn drstik...ttp tdak istiQmah...mcm chip m0re,,kjp ade kjp x...renung renungkan...

selamat beramal...=) =)

Wednesday 13 October 2010

WaNiTa SoleHaH

Rasulullah s.a.w memuji seorang wanita yang solehah yang telah memainkan peranan yang patut dicontohi oelh semua wanita pada akhir zaman. Allah muliakan dia dengan memberi anugerah wanita pertama memasuki syurga. Sedangkan dia adalah seorang yang miskin.

Diriwayatkan pada suatu hari Rasulullah s.a.w memberitahu anaknya Fatimah bahawa ada seorang wanita miskin tinggal di hujung kota Madinah sebagai wanita termulia di sisi Allah akan masuk syurga lebih dahulu daripada Fatimah. Mendengar cerita itu Sayidatina Fatimah sangat berkeinginan untuk melihat dan berkenalan dengan wanita solehah yang dimaksudkan oleh ayahandanya.

Apakah amalan yang telah dilakukan sehingga mendapat penghormatan yang begitu tinggi daripada Allah. Setelah mendapt penerangan tentang tempat tinggal wanita itu Sayidatina Fatimah pun pergi ke rumah wanita tersebut setelah mendapat keizinan daripada Sayidina Ali. Setibanya Sayidatina Fatimah di rumah wanita tersebut beliau begitu terperanjat kerana wanita itu tidak membenarkan beliau masuk ke rumah kerana belum mendapat izin daripada suaminya yang telah keluar bekerja.

Sayidatina Fatimah pulang dan akan datang esok kerana dia akan meminta kebenaran dari suaminya untuk membenarkan Fatimah masuk ke ruamh sekiranya diberi izin oleh suaminya. Pada keesokan harinya Sayidatina Fatimah datang lagi tapi kali ini bersama dengan dua orang anaknya Hassan dan Hussin. Sekali lagi beliau terperanjat kerana wanita itu menolak kedatangannya.

Kata wanita itu “Saya hanya diberi izin oleh suami saya untuk puan seorang sahaja sedangkan bersama-sama puan ada dua orang lagi yang belum diizinkan oleh suami saya.”

Wanita itu memohon berbanyak-banyak maaf kerana tidak dapat membenarkan Sayidatina Fatimah dan dua orang anaknya masuk ke rumahnya. Terpaksalah Sayidatina Fatimah pulang sekali lagi dengan perasaan terharu melihat kejujuran wanita itu menjaga amanah suaminya, lebih-lebih lagi menjaga amanah Allah yang menyuruh taat kepada suami. Pada kali ketiga kedatangan Sayidatina Fatimah barulah beliau disambut dengan baik oleh wanita itu dan beliau tidak putus-putus meminta maaf atas apa yang berlaku dengan katanya: “Sesungguhnya saya sekali-kali tidak pernah melanggar perintah suami saya.”

Dia melayan Sayidatina Fatimah dengan baik, menyediakan hidangan yang termampu olehnya. senyum ramah menjadi perhiasan hidupnya. Walaupun dia miskin harta tetapi kaya dengan budi bahasa. Rumahnya teratur, bersih dan kemas. Memang sedap dipandang walaupun tiada perabot mewah dan harta yang menimbun.

Cuba bandingkan dengan sikap wanita moden hari ini. Hidup dan melaksanakan tanggungjawab di rumah dianggap membosankan. Rumah dirasakan sebagai penjara, suami dijadikan hamba. Sebab itulah kita dapati wanita sekarang ingin melepaskan diri daripada tanggungjawab mereka sebagai isteri, ibu dan suri rumah tangga dengan mendesak suami mencari pembantu
rumah.

8 PerkaRa DaRI ALLAH bUat UmaT NABI MUHAMMAD

"Nabi S.A.W amat sayangkan umatnya hingga pada nafas terakhir, baginda masih menyebut-nyebut umati2 berulangkali hingga nafasnya terakhir. Bagaimanakah kita sebagai umatnya adakah perasaan sayang padanya wujud dalam hati kita…renungilah…" Peristiwa ini terjadi ketika Nabi s.a.w. menerima wahyu supaya naik ke 7 lapis langit untuk menghadap Allah Azawajala (Israk & Mikraj) Setelah berangkat Nabi Muhammad s.a.w menuju ke suatu tempat, yang belum pernah seorang Rasul ataupun Malaikat muqarrab sampai . Setibanya disitu, Allah Ta’ala memulakannya dengan mengucapkan salam kepadanya. Kemudian Dia menghampiri hambaNya serta sampaikan wahyuNya. Lalu berkata Nabi Muhammad s.a.w.: " Ya Tuhanku! Berikanlah sesuatu untuk umatku!" Maka Allah s.w.t. berfirman : "Hai Muhammad! Aku telah berikan khusus untuk umatmu lapan perkara yang belum pernah Aku berikan kepada sesiapa pun dari umat yang lain sebelummu iaitu:-
1. Aku belum pernah mencipta sesuatu makhluk di langit mahupun di bumi yang lebih mulia daripada umatmu
2. Sesungguhnya seratus dua puluh empat ribu daripada para Nabi sentiasa rindu ingin menemuimu berserta umatmu
3. Sesungguhnya Aku tiada memberi umatmu banyak harta, sebagaimana yang Aku berikan kepada umat2 sebelumnya supaya tiada terlalu panjang perkiraan mereka nanti di hari kiamat, semua itu Aku lakukan ialah kerana rahmat dan belas kasihan kepada mereka
4. Sesungguhnya Aku tiada memberikan umatmu kekuatan dengan banyaknya harta dan anak pinak, sebagaimana yang Aku berikan kepada umat2 sebelumnya, sehingga mereka kufur dan mengingkari nikmatKu
5. Sesungguhnya Aku tiada memanjangkan umur mereka, sehingga terkumpul pada mereka dosa2 yang banyak, sebagaimana yang berlaku pada umat2 sebelum kamu.
6. Sesungguhnya Aku tiada membalas umatmu atas setiap dosa yang dilakukannya , sebagaimana yang Aku lalukan terhadap umat2 sebelum kamu
7. Sesungguhnya Aku melewatkan umatmu keluar hingga ke akhir zaman dan Aku jadikan mereka umat yang terakhir diantara semua umat, sehingga tiada terlalu lama mereka duduk di dalam tanah
8. Sesungguhnya Aku tiada mendedahkan rahsia mereka, sebagaimana Aku dedahkan rahsia2 umat2 sebelum kamu serta berita2 mereka kepadamu dan kepada umatmu, dan sesungguhnya tiada lagi Nabi dan tiada Al-Quran sesudahmu

BidaDaRi SyuRga

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tsb). Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan. Kisah...... 'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama. ... Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya di manakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana. Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan. .. lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata... akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii..... .tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi. Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar...benar. .. dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.... subhanallah. ..

Tuesday 12 October 2010

MenTaRi HiDup

kala senja itu tiba kutermenung sendirian..terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan..dosa yang aku lakukan menerjah ruang fikiran masihkah ada untukku keampunan...gelap rasa dunia tanpa cahaya Illahi..baru kini kusedari...dalam kegelapan itu terbit cahaya dariMu memandu hambanMu menuju iman....kau terangi jalan ku...kau tunjuki dengan hidayahMu...hyalah padaMu ku hadapkan diri mohon keampunan....wahai Tuhan yang maha pengasih bantulah hmbamu ini....

My Blog List

Search This Blog

huhuhu..

M : matang (adela skit2 hehehehe...)
U : usaha (setiap sesuatu kne usaha dlu ;-)
J : jihad (tiada titik nokhtah)
A : aspirasi (srikandi islam aspirasiku)
H : hati (bagiku hati itu amatlah penting)
A : attitude (ha...sikap kne jaga)
D : diam (diam ade msenye)
A : aplikasi (cbe amalkan ape yg dipelajari)
H : harapan (nak kejar cita=cita)

A : amalan (kene pertingkatkan)
Z : zura (nama pngilan sy la;-p)
U : utama (dahulukan yg penting dri yg penting)
E : emosi (sdikit sensitif)
R : ringkas (nk jd sederhna dlm sume aspek)
A : alasan (ske bg alasan ahaha)