BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Wednesday 13 October 2010

WaNiTa SoleHaH

Rasulullah s.a.w memuji seorang wanita yang solehah yang telah memainkan peranan yang patut dicontohi oelh semua wanita pada akhir zaman. Allah muliakan dia dengan memberi anugerah wanita pertama memasuki syurga. Sedangkan dia adalah seorang yang miskin.

Diriwayatkan pada suatu hari Rasulullah s.a.w memberitahu anaknya Fatimah bahawa ada seorang wanita miskin tinggal di hujung kota Madinah sebagai wanita termulia di sisi Allah akan masuk syurga lebih dahulu daripada Fatimah. Mendengar cerita itu Sayidatina Fatimah sangat berkeinginan untuk melihat dan berkenalan dengan wanita solehah yang dimaksudkan oleh ayahandanya.

Apakah amalan yang telah dilakukan sehingga mendapat penghormatan yang begitu tinggi daripada Allah. Setelah mendapt penerangan tentang tempat tinggal wanita itu Sayidatina Fatimah pun pergi ke rumah wanita tersebut setelah mendapat keizinan daripada Sayidina Ali. Setibanya Sayidatina Fatimah di rumah wanita tersebut beliau begitu terperanjat kerana wanita itu tidak membenarkan beliau masuk ke rumah kerana belum mendapat izin daripada suaminya yang telah keluar bekerja.

Sayidatina Fatimah pulang dan akan datang esok kerana dia akan meminta kebenaran dari suaminya untuk membenarkan Fatimah masuk ke ruamh sekiranya diberi izin oleh suaminya. Pada keesokan harinya Sayidatina Fatimah datang lagi tapi kali ini bersama dengan dua orang anaknya Hassan dan Hussin. Sekali lagi beliau terperanjat kerana wanita itu menolak kedatangannya.

Kata wanita itu “Saya hanya diberi izin oleh suami saya untuk puan seorang sahaja sedangkan bersama-sama puan ada dua orang lagi yang belum diizinkan oleh suami saya.”

Wanita itu memohon berbanyak-banyak maaf kerana tidak dapat membenarkan Sayidatina Fatimah dan dua orang anaknya masuk ke rumahnya. Terpaksalah Sayidatina Fatimah pulang sekali lagi dengan perasaan terharu melihat kejujuran wanita itu menjaga amanah suaminya, lebih-lebih lagi menjaga amanah Allah yang menyuruh taat kepada suami. Pada kali ketiga kedatangan Sayidatina Fatimah barulah beliau disambut dengan baik oleh wanita itu dan beliau tidak putus-putus meminta maaf atas apa yang berlaku dengan katanya: “Sesungguhnya saya sekali-kali tidak pernah melanggar perintah suami saya.”

Dia melayan Sayidatina Fatimah dengan baik, menyediakan hidangan yang termampu olehnya. senyum ramah menjadi perhiasan hidupnya. Walaupun dia miskin harta tetapi kaya dengan budi bahasa. Rumahnya teratur, bersih dan kemas. Memang sedap dipandang walaupun tiada perabot mewah dan harta yang menimbun.

Cuba bandingkan dengan sikap wanita moden hari ini. Hidup dan melaksanakan tanggungjawab di rumah dianggap membosankan. Rumah dirasakan sebagai penjara, suami dijadikan hamba. Sebab itulah kita dapati wanita sekarang ingin melepaskan diri daripada tanggungjawab mereka sebagai isteri, ibu dan suri rumah tangga dengan mendesak suami mencari pembantu
rumah.

8 PerkaRa DaRI ALLAH bUat UmaT NABI MUHAMMAD

"Nabi S.A.W amat sayangkan umatnya hingga pada nafas terakhir, baginda masih menyebut-nyebut umati2 berulangkali hingga nafasnya terakhir. Bagaimanakah kita sebagai umatnya adakah perasaan sayang padanya wujud dalam hati kita…renungilah…" Peristiwa ini terjadi ketika Nabi s.a.w. menerima wahyu supaya naik ke 7 lapis langit untuk menghadap Allah Azawajala (Israk & Mikraj) Setelah berangkat Nabi Muhammad s.a.w menuju ke suatu tempat, yang belum pernah seorang Rasul ataupun Malaikat muqarrab sampai . Setibanya disitu, Allah Ta’ala memulakannya dengan mengucapkan salam kepadanya. Kemudian Dia menghampiri hambaNya serta sampaikan wahyuNya. Lalu berkata Nabi Muhammad s.a.w.: " Ya Tuhanku! Berikanlah sesuatu untuk umatku!" Maka Allah s.w.t. berfirman : "Hai Muhammad! Aku telah berikan khusus untuk umatmu lapan perkara yang belum pernah Aku berikan kepada sesiapa pun dari umat yang lain sebelummu iaitu:-
1. Aku belum pernah mencipta sesuatu makhluk di langit mahupun di bumi yang lebih mulia daripada umatmu
2. Sesungguhnya seratus dua puluh empat ribu daripada para Nabi sentiasa rindu ingin menemuimu berserta umatmu
3. Sesungguhnya Aku tiada memberi umatmu banyak harta, sebagaimana yang Aku berikan kepada umat2 sebelumnya supaya tiada terlalu panjang perkiraan mereka nanti di hari kiamat, semua itu Aku lakukan ialah kerana rahmat dan belas kasihan kepada mereka
4. Sesungguhnya Aku tiada memberikan umatmu kekuatan dengan banyaknya harta dan anak pinak, sebagaimana yang Aku berikan kepada umat2 sebelumnya, sehingga mereka kufur dan mengingkari nikmatKu
5. Sesungguhnya Aku tiada memanjangkan umur mereka, sehingga terkumpul pada mereka dosa2 yang banyak, sebagaimana yang berlaku pada umat2 sebelum kamu.
6. Sesungguhnya Aku tiada membalas umatmu atas setiap dosa yang dilakukannya , sebagaimana yang Aku lalukan terhadap umat2 sebelum kamu
7. Sesungguhnya Aku melewatkan umatmu keluar hingga ke akhir zaman dan Aku jadikan mereka umat yang terakhir diantara semua umat, sehingga tiada terlalu lama mereka duduk di dalam tanah
8. Sesungguhnya Aku tiada mendedahkan rahsia mereka, sebagaimana Aku dedahkan rahsia2 umat2 sebelum kamu serta berita2 mereka kepadamu dan kepada umatmu, dan sesungguhnya tiada lagi Nabi dan tiada Al-Quran sesudahmu

BidaDaRi SyuRga

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tsb). Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan. Kisah...... 'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama. ... Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya di manakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana. Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan. .. lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata... akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii..... .tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi. Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar...benar. .. dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.... subhanallah. ..

Tuesday 12 October 2010

MenTaRi HiDup

kala senja itu tiba kutermenung sendirian..terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan..dosa yang aku lakukan menerjah ruang fikiran masihkah ada untukku keampunan...gelap rasa dunia tanpa cahaya Illahi..baru kini kusedari...dalam kegelapan itu terbit cahaya dariMu memandu hambanMu menuju iman....kau terangi jalan ku...kau tunjuki dengan hidayahMu...hyalah padaMu ku hadapkan diri mohon keampunan....wahai Tuhan yang maha pengasih bantulah hmbamu ini....

Friday 19 March 2010

MuHaSaBaH CiNtA

YA ALLAH,
andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan olehmu kepadaku.
maka,
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-mu,
namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh-mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian,yang kau berikan kepadaku

BaHaYa CiNtA SeBeLuM nIkAh



-pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu
- menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya utk melupakanku drpda-Nya
-hati akn t'siksa dengan barah rindu
-rindu palsu akn membelenggu minda hingga ia t'jajah dan t'hina d'bawah jajahan syaitan
-cinta lalai akn menyebabkanku alpa drpa mempersiapkan diri utk keperluan dunia dan akhirat
-aku boleh menjadi tak rasional b'fikir jika benar-benar mabuk cinta
-fitrah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal,jiwa dan perasaan
-jiwaku t'ganggu dalam menilai yang mana baik, mana yang buruk utk diriku
-jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya

Nauzubillah !!
Subhanallah !!
Astaghfirullah !!

Tuesday 2 March 2010

PeRaNan ReMaJa MusLiM

Setiap remaja muslim mempunyai tanggungjawab terhadap agama Islam,yang mesti ditunaikan di dalam dunia ini.Setiap remaja muslim perlu berusaha untuk menjadi remaja haraki agar tanggungjawab ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.Tidak ada seorang pun yang dapat melepaskan dirinya daripada melaksanakan tanggungjawab ini.Rasulullah bersabda bermaksud:"Semua kamu adalah pemimpin dan semua kamu adalah bertanggungjawab terhadap rakyatnya"(Hadith riwayat Al-Bukhari)Apa yang kita maksudkan dengan remaja haraki,ialah seorang remaja yang telah menyertai aktiviti pergerakan Islam,yang telah mengistiharkan dengan cara terbuka dan jelas bahawa perjuangannya adalah membina masyarakat Islam,melaksanakan syari'at Islam,mengembalikan Khilafah Islamiyyah di dunia ini,sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasululah SAW.Remaja haraki yang seperti ini sewajarnya mempunyai tugas yang besar dalam masyarakat hari ini yang tidak mungkin dapat memainkan peranannyaa jikalau tidak mempunyai bekalan yang secukupnya.Maka timbullah pula tanggungjawab harakah untuk menyediakan bekalan dan tarbiyah kepada terhadap anggota-anggota.

LeLaKi DaN PeReMpuaN YaNg DiTeMani SYaiTaN


Bismillahhirahmaani rrahim...Daripada Jabir Bin Samurah r.a berkata:"Umar r.a telah berpidato di sebuah kampung bernama Al-Jabiah,katanya: " Rasulullah SAW pernah berdiri sepertimana aku berdiri ini",Sabdanya: Berbuat baiklah kamu kepada sahabat-sahabatku, kemudian kepada orang-orang yang selepas mereka.Kemudian tersebarlah dusta sehingga seseorang bersedia bersumpah sebelum diminta dan menjadi saksi tanpa diminta.Sesiapa yang inginkan kemewahan syurga hendaklah dia melazimi jemaah kerana syaitan itu bersama orang yang bersendirian dan akan lebih jauh jika seseorang itu berdua (berteman).Apabila seseorang berkhalwat dengan seseorang perempuan (menimbulkan fitnah) maka syaitan adalah ketiga.Sesiapa yang melakukan kebaikan dia berasa gembira atau sesiapa yang melakukan kejahatan,dia berasa sedih,maka itulah orang mukmin."(Riwayat Ahmad)PENGAJARAN.. .1.Umat Islam diingatkan bahawa mereka akan menemui beberapa keadaan yang buruk dimana amalan berdusta akan menjadi amalan biasa.Haruslah disedari bahawa apabila berlaku situasi dimana orang mudah membuat sumpah dan menjadi saksi tanpa diminta,maka kezaliman dan pencabulan keatas hak-hak orang lain akan berleluasa akibat daripada adanya saksi sumpah-sumpah yang palsu tadi.2.Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan akan berlaku.Umat Islam diingatkan supaya berwaspada menjauhi amalan ini kerana syaitan akan sentiasa bersama untuk menggalakkan dkemungkaran dan maksiat.3.Perpecahan umat juga akan berlaku.Umat Islam diingatkan supaya sentiasa berwaspada menjauhi pertentangan dan persengketaan sebaliknya berusaha membentuk ikatan yang boleh mengukuhkan ikatan kasih sayang dan perpaduan sesama muslim.
__._,_.___

MalaM PeRtaMa Di AlaM kuBuR

Malam pertama...Malam itu ialah Malam Pertama Di Alam KuburPernahkah engkau melihat kuburan?Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untukorang-orang selain darimu?Bukankah telah silih berganti engkau melihatteman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung daridunia fana ini ke kuburan?Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atauPenuh Derita dan Sengsara?"Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamunanti di alam kubur?Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan.Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangisdan orang-orang bijak mengeluh.Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan didunia yang amat berbeza."Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), danketenangan pun menghilang darimu.Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah,fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak,keluarga dan sahabat handai,dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran,dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat sertaminuman yang pelbagai,tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yangkelam gelap-gelita,lilin-lilin yang menerangidunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan,dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur,segala-galanya amat menyedihkan,tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telahberakhir.Itukah yang kita mahukan?Pastinya tidak bukan?Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akanmenempuhi Malam Pertama Di Alam Kubur!Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut,adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur dirumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras,maka ia masuk ke liang kubur tersebut.Ia menganggap dirinya telah mati,lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia,seraya membaca ayat: "Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia),agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan(dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke duniawahai Rabi'.." Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapatipada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwakepada Allah! Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematiandan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkahengkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahaisaudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di haripenyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takutkepada api Neraka di Hari Kiamat nanti? Sesungguhnya kematian pastimenghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah(kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. "Ya Allah,tolonglah kami ketika sakaratul maut!"Kematian itu pasti. Ia tidak meleset meski hanya sedetik. Ia biasadatang menyerap dengan tiba-tiba. Ia misteri. Kerananya setiap orangsemestinya selalu siap. Dan tentu, husnul khatimah harus menjadipilihan. Untuk mencapai itu, harus melalui jalan syari'at denganmenjalankan segala perintah dan menjauhi segala larangan Allah Ta'ala.Tanpanya, husnul khatimah itu nihil. Bukankah, perahu tak akan berjalandi daratan?Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya, apakahengkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama? Wahai pemuda gagahyang bergelimang harta dan sejuta asa, apakah engkau telah bersiap-siapmenghadapi malam pertama? Ia adalah malam pertama dengan dua wajah,mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, ataumenjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.(Dipetik dari buku Malam Pertama Di Alam Kubur karya Dr Aidh AbdullahAl-Qarni)

DiMaNaKaH KeduDuKaN SebeNaR waNita SoLeHaH????

Kedudukan wanita yang Solehah tidaklah dapat dicapai dengan hanya menonton drama filem cinta Korea atau membaca novel-novel cinta atau menyertai mana-mana jemaah atau kumpulan lalu memakai pakaian jubah dan bertudung labuh sahaja.Kita tahu betapa ramai wanita bertudung labuh dan berjubah sering menghancurkan hati lelaki-lelaki yang beriman dan mengecewakan para pejuang Islam dan kita juga tahu wanita yang mengambil jurusan agama pun seringkali mungkir janji dan berlaku khianat.Seperti lelaki, kita juga mengetahui lebai dan kopiah boleh dipakai dan ditanggal sekaligus juga janggut boleh tumbuh dan dicukur lalu menjelaskan bahawa penampilan luaran selalu tidak dapat dijadikan sebagai kayu ukuran kesolahan dan kebaikan..Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Ketahuilah bahawa dalam tubuh ini terdapat segumpal daging Jika ianya baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan sebaliknya apabila ianya rosak maka rosaklah pula seluruh tubuh ini.” (Hadith sahih riwayat Bukhari 1/126 dan 4/290-Al Fath, Muslim 1599 dari Nu’man bin Basyir radliyallahu 'anhuma).Islam Memberi Jalan Penyelesaian" Mudah-mudahan tuhan-Nya, jika nabi menceraikan kamu bahawa tuhan pasti akan mengantikan kamu dengan isteri-isteri yang lain yang lebih baik dari diri kamu iaitu perempuan-perempuan muslimat, mukminat yang taat dan bertaubat serta beribadah yang berpuasa baik janda atau perawan" (At-Tahrim : 5).Allah menyebut beberapa ciri perempuan yang solehah iaitu :1) Perempuan muslimat yang beragama Islam dan menyerah diri kepada Allah dan rasul2) Perempuan mukminah yang beriman dan yakin kepada Allah dan janji-janji- Nya3) Muslimah yang taat kepada Allah dan rasul serta kepada suami4) Muslimah yang seringkali bertaubat di atas dosa-dosa dan kesalahan dan kejahilannya5) Muslimah yang rajin menunaikan ibadah dan berpuasa kerana dengan puasa itu dapat mengawal hawa nafsu dan kelakuan.“ Sesungguhnya Allah memberi hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki- Nya dan barangsiapa yang diberikan hikmah maka sesungguhnya dia telah mendapat kebaikan yang banyak.” (Surah Al-Baqarah : 269).Islam mengajar untuk mengetahui kebaikan agama seseorang ialah melalui amalan kebaikan yang dilakukan dan kesungguhan seseorang pada agama dan hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui kehidupan yang dilaluinya.Seorang Saleswomen (penjual perempuan) yang bekerja di supermarket sekalipun kerjanya tidak bagus apabila terpaksa bercampur dengan lelaki dan menjebakkan dirinya kepada sosial dan mempromosikan barangan sehingga mendedahkan dirinya kepada pandangan buruk dan fitnah tetapi adakalanya mereka ini memiliki hati yang mulia dan suci.“Dan hamba perempuan yang mukminah itu lebih utama dan baik bagi kamu dari perempuan musyrik yang kafir walau dianya menarik perhatian kamu” ( Al-baqarah : 221).Mengasihi orang tua, orang susah, tidak suka bahkan benci menyakiti hati manusia lainnya apatah lagi menghancurkan hati seorang lelaki yang beriman dan sanggup bekorban menghancurkan dirinya sendiri (memiliki sifat ihsan) demi kebaikan orang lain menyebabkan tanpa tangguh golongan sepeprti ini mendapat rahmat Allah dan akhirnya dibimbing kepada hidayah dan pertunjuk dan hidupnya diberkati di langit sekalipun di bumi dia berasa hina dan tiada maruah.Malaysia, dipenuhi wanita-wanita yang tidak bertudung , tidak menutup aurat , jahil agama dan tiada kesedaran untuk melaksanakan Islam tetapi dalam kerosakan itu ada di celah-celah kaca yang melukakan anak adam akan sejumlah wanita suci yang bersih hatinya tetapi diuji oleh Allah dengan berada di lingkungan kekotoran.Mereka membesar tanpa ilmu agama, tanpa hidayah pertunjuk lalu hidup sosial dan bebas sehingga merosakan diri mereka tetapi punyai hati yang bersih dan suci. Alangkah bagusnya jika lelaki-lelaki muslim mendapatkan wanita-wanita ini dan diberi bimbing serta dipandu mereka sehingga mendapat hidayah dari Allah swt.Kepentingan Hati dan Akhlak yang BaikSebaliknya kita mengetahui pula, wanita yang berpakaian jubah dan tudung labuh dan mendalami pengajian agama kerap kali melanggar batas dan merasa mereka mulia dan beragama sehingga menyebabkan mereka merasa bongkak dan sombong serta ego dan berlagak lalu dengan itu selalu menghancurkan diri mereka.Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Ketahuilah bahawa dalam tubuh ini terdapat segumpal daging Jika ianya baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan sebaliknya apabila ianya rosak maka rosaklah pula seluruh tubuh ini.” (Hadith sahih riwayat Bukhari 1/126 dan 4/290-Al Fath, Muslim 1599 dari Nu’man bin Basyir radliyallahu 'anhuma).Bukankah wanita-wanita bertudung labuh dan berjubah ini ialah golongan yang kerap mengatakan kami ingin suami yang berfikrah dan menolak lelaki beriman yang berakhlak mulia hanya kerana fikrah ? Juga wanita bertudung labuh ini ialah mereka yang manis bicara pada lisan tapi kelat dan kotor pada hati dan perbuatan.“ Katakanlah : Mahukah kami khabarkan kepada kamu akan keadaan golongan yang hanya merugi amalan mereka ? Iaitu mereka yang sesat perbuatan mereka (jalan mereka) di dunia sedangkan dalam kesesatan itu mereka menyangka mereka sedang berbuat baik”. (Al-kahfi : 103-104).Menjadi perkara biasa mereka tidak mengenang budi pada lelaki yang bekorban masa depan dan hidupnya kepada mereka dan dengan mudah beralasan konon mahu menjaga hati dan maruah konon tidak mahu bercinta-cinta dan menerima cinta lelaki.Mereka kemudian tergedik-gedik mahu berkahwin dan sedia menerima cinta apabila lelaki sefikrah dan sefahaman dengan mereka atau lelaki pilihan mereka datang menghulur bunga “ukhuwah” persahabatan dan kemudian berkasih-kasihan dengan mereka di bawah “Cinta Islamik”.“Dan Dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang jijik (keji, buruk)" (Surah Al-A‘raf, ayat 157).Alangkah sekiranya lelaki muslim yang beriman mengalih mata mereka kepada hati dan melihat kepada peribudi akhlak dan kesungguhan hati yang ingin kebaikan dari seorang wanita lemah di jalanan, di pasaraya, di kota-kota dan bandaraya mungkin mereka akan menjumpai wanita yang dengan mudah dapat menanggalkan pakaiannya untuk diberi kepada lelaki yang dicintainya.Lalu ketika itu alangkah bagus jika lelaki yang beriman menahan perbuatannya dan mengajar wanita yang suci hatinya akan erti agama, taqwa, malu dan maruah serta menunjuk ajar kepadanya jalan sunnah rasulullah sehingga akhirnya wanita itu benar menanggalkan pakaiannya kepada lelaki itu tetapi dalam hak dan benar menurut syariat Allah swt.“Adapun golongan yang takut kepada kebesaran tuhan mereka maka mereka menahan hawa nafsunya (tidak menurut hawa nafsu) maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal mereka” (An-Na’ziaat: 40).

Thursday 25 February 2010

JiKa aKu JaTuH CiNta

Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorangyang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu. ..


Ya Muhaimin,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorangyang hatinya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...


Ya Rabbana ,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya,
agar tidak berpaling daripada hatiMu.....


Ya Rabbul Izzati ,
jika aku rindu ,
rindukanlah aku pada seseorangyang merindui syahid di jalan Mu....

Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itumelebihi kenikmatanindahnya
bermunajatdi sepertiga malam terakhirMu.. .


Ya Allah ,
jika aku jatuh hati pada kekasihMu
jangan biarkan akutertatih dan terjatuhdalam perjalanan panjangmenyeru manusia kepadaMu....


ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan akupada cinta hakiki
dan rindu abadihanya kepadaMu.... ...


ya Allah, rahmatilah hidupku
serta
keluargaku,
tidak ketinggalan
sahabat2-ku yang tersayang
amin........ . :-)

My Blog List

Search This Blog

huhuhu..

M : matang (adela skit2 hehehehe...)
U : usaha (setiap sesuatu kne usaha dlu ;-)
J : jihad (tiada titik nokhtah)
A : aspirasi (srikandi islam aspirasiku)
H : hati (bagiku hati itu amatlah penting)
A : attitude (ha...sikap kne jaga)
D : diam (diam ade msenye)
A : aplikasi (cbe amalkan ape yg dipelajari)
H : harapan (nak kejar cita=cita)

A : amalan (kene pertingkatkan)
Z : zura (nama pngilan sy la;-p)
U : utama (dahulukan yg penting dri yg penting)
E : emosi (sdikit sensitif)
R : ringkas (nk jd sederhna dlm sume aspek)
A : alasan (ske bg alasan ahaha)